FiTA WAVE SHORT FILM AWARDS 2019 (Secondary School Category) DIDIK

FiTA WAVE SHORT FILM AWARDS 2019 (Secondary School Category) DIDIK

TAJUK
DIDIK

INSITUSI / SEKOLAH:
SEKOLAH MENENGAH AGAMA SETIU

SINOPSIS:
Filem pendek ini mengisahkan tentang seorang guru muda (pratagonis) yang baru menamatkan pengajiannya di sebuah universiti dan telah mula bertugas di sekolah pertamanya. Beliau berazam bagi mendidik para pelajarnya nanti dengan ilmu yang berguna bukan sahaja dalam akademik, malah dalam kehidupan. Dia melihat suasana pembelajaran di sekolah itu dan kagum dengan sistem pembelajaran PAK-21 yang dipraktikkan di sekolah itu. Tiba di kelasnya, dia memulakan kelasnya dengan sesi berkenalan dan mula mengajar dengan gaya pembelajaran yang aktif. Ini bagi mengelakkan pelajarnya berasa bosan. Sedang pelajarnya melakukan perbincangan, tiba-tiba sahaja seorang guru (antagonis) datang dan memarahi mereka semua kerana katanya, mereka bising dan mengganggu orang lain. Guru muda cuba menerangkan keadaan, namun guru itu memberi amaran pula kepada guru muda. Guru muda tidak tergugat kerana yakin dengan pendiriannya. Suatu hari, guru (antagonis) itu telah disaman kerana didakwa menjadi punca seorang pelajar membunuh diri. Dikatakan bahawa pelajar itu tertekan kerana kata makian guru itu. Guru itu memohon maaf kepada guru muda. Guru muda memaafkan beliau dan guru muda bersyukur kerana akhirnya guru itu faham akan konsep pendidikan berkualiti untuk rakyat, bukannya kuantiti. Mentaliti salah guru itu berjaya diperbetulkan oleh guru muda. Guru muda berjanji bahawa beliau akan membantu guru itu dalam menyelesaikan masalahnya.

Recommended


Film Making Techniques Beginners

Cinematography Definition

Documentary Film Making Techniques

Cinematic Film Making Techniques