FiTA WAVE SHORT FILM AWARDS 2019 (Secondary School Category) GURINDAM

FiTA WAVE SHORT FILM AWARDS 2019 (Secondary School Category) GURINDAM

TAJUK
GURINDAM

INSITUSI / SEKOLAH:
SMK SERI PERMAISURI

SINOPSIS:
Gurindam merupakan sebuah cerita diilhamkan dari kehidupan realiti tentang keperitan hidup mereka yang berada dalam sosio ekonomi yang rendah. Hal menjadi lebih malang, apabila si ibu telah ditinggalkan oleh suaminya yang telah selama ini menjadi mangsa kekerasan rumah tangga. Si ibu meneruskan kehidupan sebagai seorang ibu tunggal, bersama dua orang anaknya, Mahadi dan Alia. Mahadi merupakan anak sulung, yang dua tahun lebih tua berbanding Alia. Si ibu sering menbacakan gurindam kepada mereka, dan berharap agar anak-anaknya sentiasa mengingati gurindam ini dalam menempuh kehidupan ini yang penuh turun naiknya. Si ibu terpaksa bekerja sebagai tukang sapu di SMK Seri Permaisuri, di mana sekolah tersebut juga merupakan sekolah bagi Mahadi dan Alia. Walaupun mereka hidup dalam kesusahan, namun pelajaran tetap menjadi keutamaan, kerana mereka sedar, pelajaranlah dapat membawa mereka keluar dari kancah kemiskinan. Hari berganti hari, Mahadi sudah meningkat dewasa dan berada di tingkatan 5. Peperiksaan SPM sudah menghampiri, namun ketika inilah, dugaan mula melanda keluarga terpilih ini. Si ibu telah jatuh sakit dah meninggal dunia, di saat anak-anaknya masih perlukan kasih sayang dan perhatian si ibu. Kini, Mahadi terpaksa menggalas sepenuhnya tanggungjawab sebagai seorang penjaga kepada Alia. Mahadi mula bekerja sambil belajar, namun apa yang diperolehinya masih belum cukup untuk menampung segalanya. Sehinggakan, Mahadi tidak mampu mebayar yurannya sendiri, tetapi Mahadi lebih pentingkan keperluan Alia lebih dari dirinya. Akibat tidak dapat membayar yuran persekolahan, Mahadi tidak dapat menduduki SPM, tetapi berlawanan nasibnya dengan Alia, Mahadi memastikan Alia menduduki SPM seterusnya Alia berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam SPM. Alia perlu terus melanjutkan pelajarannya, dan ini membakar semangat Mahadi untuk berusaha lebih gigih bagi menyara pengajian Alia di universiti. Alia berjaya menamatkan pengajiannya di universiti dengan keputusan yang cemerlang, dan saat inilah, Mahadi memasang niat untuk menyambung impiannya untuk berjaya di dalam pelajaran. Sebuah impian yang telah ditangguhkannya selama 10 tahun. Mahadi menduduki peperiksaan SPM ulangan. Selepas berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang, Mahadi terus mendapatkan tempat di universiti, dan akhirnya Mahadi berjaya mendapatkan Ijazah seperti yang dia impikan. Mahadi telah mula jatuh sakit, namun ini tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencari ilmu ke tahap yang lebih tinggi, kerana Mahadi sering mendapat kekuatan dari warisan ibunya; GURINDAM.

Recommended


Film Awards

Film Making Techniques Beginners

Cinematography Schools

Cinematic Film Making Techniques