FiTA WAVE SHORT FILM AWARDS 2019 (Secondary School Category) Korban Tak Tersia

FiTA WAVE SHORT FILM AWARDS 2019 (Secondary School Category) Korban Tak Tersia

TAJUK
Korban Tak Tersia

INSITUSI / SEKOLAH:
SM SAINS REMBAU

SINOPSIS:
“Hidup ini bukanlah mudah, namun masih tabah kuredah.”
Takdir setiap insan sudah tertulis di Luh Mahfuz sejak azali. Semua
manusia merancang namun Dialah sebaik-baik perancang. Kedegilan Sumaiyyah yang mahu membangunkan mahligai cinta bersama Yusuf meskipun telah ditegah pada suatu masa dahulu telah mengundang sebuah risiko yang besar. Alif, seorang anak tunggal telah lahir sebagai penghidap Thalassaemia Major. Sejak kecil, ubat-ubatan menjadi sahabat setia yang menemani dirinya demi sebuah harapan dalam meneruskan sisa kehidupan. Namun, Sumaiyyah tetap menjaga kurniaan Allah SWT itu bagai menatang minyak yang penuh walaupun anaknya bukan seperti kanak-kanak yang lain. Alif juga belajar mengira, mengira detik pengakhiran riwayatnya, belajar membaca, membaca doa memohon keampunan daripada-Nya.
Janji Allah SWT itu pasti. Pertolongan-Nya sentiasa bersama hamba-Nya yang bersabar. Doktor Zaidi bin Abdullah, lelaki kiriman Tuhan yang komited membebaskan Alif daripada penyakit yang menghantui dirinya. Doktor Zaidi menawarkan diri untuk menanggung kos perubatan Alif setelah Alif bersetuju untuk menjadi “tikus makmal” dalam suatu penyelidikan yang sedang dijalankannya.
Adakah Doktor Zaidi mampu merawat penyakit Alif? Apakah masih ada harapan buat dirinya? Bagaimanakah kesudahan kisah hidup Alif?
Semuanya bakal terjawab dalam Korban Tak Tersia.